fb fb fb fb fb

Festival Idea Putrajaya sasar dua juta pengunjung seluruh dunia

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim/RTM

PUTRAJAYA, 7 November -Penganjuran kali kedua Festival Idea Putrajaya menyasarkan kehadiran dua juta pengunjung secara keseluruhan, merangkumi 500,000 pengunjung fizikal dan selebihnya secara maya dari seluruh dunia.

Bagi edisi kali ini, festival tersebut memberi tumpuan kepada pembudayaan cara berfikir, galakkan inovasi serta memperkukuh kolaborasi antara ahli akademik, industri dan komuniti.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim berkata, ia selaras dengan aspirasi negara menuju kearah masyarakat berpengetahuan.

"Kita ada empat objektif utama. Pertama ialah untuk membudayakan cara berfikir, berinovasi dikalangan masyarakat, kedua ialah untuk membangunkan kolaborasi, kerjasama antara pihak akademia, industri dan juga komuniti.

"Ketiga adalah untuk kita tonjolkan apa yang kita panggil kebijaksanaan tempatan, bukan sahaja kepada masyarakat dalam negara tetapi juga kepada masyarakat di luar negara dan objektif keempat adalah untuk kita melakar masa depan negara yang berasaskan kepada pengetahuan ekonomi," katanya ketika menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia TV1 yang bersiaran, di sini.

TETITIA YUSOFF