fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir di beberapa negeri utara dan Sabah

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 7 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di bahagian utara serta sebahagian kawasan di Sabah sehingga pukul 1.00 tengah hari ini.

Antara kawasan terlibat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan beberapa daerah di Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang dijangka terjejas di Kedah meliputi kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala, di Perak, daerah yang terlibat ialah Kerian serta Larut, Matang dan Selama.

"Di Sabah pula, amaran ribut petir dikeluarkan untuk kawasan Pedalaman melibatkan Nabawan, daerah Sandakan termasuk Beluran serta kawasan Kudat yang merangkumi Pitas.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap perubahan cuaca dan mengelakkan sebarang aktiviti luar sepanjang tempoh amaran dikeluarkan.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN