fb fb fb fb fb

Petronas, agensi kerajaan akan terus kerjasama, bantu golongan memerlukan

Di Sarawak, Norazibah berkata pihaknya tahun ini telah mengagihkan sumbangan Aidilfitri kepada 450 keluarga.

KUCHING, 31 Mac- Petroliam Nasional Berhad (Petronas) konsisten dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negara ini.

Pengurus Besar Petronas Sarawak, Norazibah M Rabu berkata ia bukan sahaja melalui pembangunan sumber minyak dan gas tetapi juga golongan yang memerlukan.

Kata Norazibah, pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam mengenal pasti golongan yang memerlukan.

"Bukan sahaja bantuan, semasa perayaan kami juga ada membuat program-program lain dalam membantu masyarakat yang ingin menjalankan perniagaan," kata Norazibah selepas program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri 2024 bersempena Program Ramadan Kasih RTM di RTM Kuching di sini.

Di Sarawak, Norazibah berkata pihaknya tahun ini telah mengagihkan sumbangan Aidilfitri kepada 450 keluarga.

Bantuan berupa sumbangan kuih raya dan duit raya turut diberi kepada setiap ketua isi rumah menerusi satu majlis yang diadakan di Auditorium P. Ramlee.

Bagi Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat, beliau menghargai kerjasama yang dihulurkan oleh badan-badan korporat dalam menzahirkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"Selain menjadi jambatan maklumat kepada masyarakat, RTM juga berperanan memberi keceriaan kepada golongan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri.

"Penglibatan daripada rakan-rakan strategik ini membuktikan betapa kami menyantuni masyarakat yang memerlukan," kata Wan Azhan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM