SUBANG, 21 Februari- Pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) C-130 Hercules M30-14 yang membawa jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud berlepas dari Pangkalan TUDM pada pukul 2.00 petang tadi.
Pesawat berkenaan yang dijangka tiba kira-kira pukul 4.00 petang, akan mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuching, Sarawak.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga perkenan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Antara tetamu hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Turut kelihatan, Toh Puan Raghad Kurdi Taib bersama-sama keluarga dan kenalan.
Jenazah akan diberi kawalan kehormat oleh gabungan sembilan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Setibanya di bumi kenyalang, jenayah akan terus dibawa ke rumah beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.
Esok jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir bermula pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi esok.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak selama enam penggal bermula tahun 1981 hingga 2014 juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Artikel Berkaitan:
Anwar ucap takziah pemergian Taib Mahmud
Ahmad Zahid ucap takziah pemergian Taib Mahmud
Pemergian Taib Mahmud, Keluarga Diraja Kedah zahir ucapan takziah
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara
Pemergian Tun Abdul Taib, kehilangan besar buat Sarawak dan negara- TPM
Abdul Taib Mahmud meninggal dunia