
KUALA LUMPUR, 12 Mac– Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, hari ini berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil buat Allahyarham Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara.
- Majlis turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan dan Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil.
- Baginda menunaikan solat Zohor berjemaah yang diimami Ustaz Wan Noor Hilmy Wan Ismail dari Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara.
- Allahyarham Syed Muhammad Naquib meninggal dunia pada usia 94; dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 23 Oktober 2024.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil.
Baginda kemudiannya menunaikan solat Zohor berjemaah bersama para jemputan yang diimami oleh Ustaz Wan Noor Hilmy Wan Ismail dari Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara.
Dalam majlis yang sama, Raja Zarith Sofiah turut berkenan menerima menghadap anak perempuan Allahyarham, Sharifah Shifa Al-Attas.
Allahyarham Syed Muhammad Naquib, yang merupakan tokoh ilmuwan serta pemikir peradaban Islam kontemporari terkemuka, menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun, pukul 6.47 petang, Ahad lalu.
Jenazah pengasas serta pengarah pertama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada esok tengah hari.
Pada 23 Oktober 2024, Allahyarham telah dianugerahkan gelaran Profesor Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi dan paling berprestij di Malaysia bagi menghargai sumbangan luar biasa serta jasa tidak ternilai beliau dalam pembangunan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam di negara.