fb fb fb fb fb

Perkhidmatan bot tambang mudahkan penduduk terjejas banjir

PASIR MAS, 28 Februari- Perkhidmatan bot tambang yang hanya muncul ketika musim banjir seakan menjadi ‘talian hayat’ kepada penduduk yang terkesan dengan bencana untuk meneruskan rutin harian.

Pengemudi bot, Mohd Irwani Ibrahim, 46, berkata dia mula menawarkan perkhidmatan bot tambang itu kepada penduduk di sekitar Taman Sri Mas dan Taman Sri Naim dekat Lubok Jong, sejak berlaku banjir pada Sabtu lepas.


(Gambar fail)

Menurutnya, perkhidmatan itu dapat memudahkan penduduk melakukan rutin harian seperti membeli barangan keperluan dan sebagainya berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air sehingga mencecah dua meter.

“Menyediakan khidmat bot tambang ini seakan menjadi pekerjaan tahunan saya sejak lima tahun lepas setiap kali tiba musim banjir. Alhamdulillah, kebanyakan penduduk berpuas hati dengan perkhidmatan saya," katanya ketika ditemui Bernama di Taman Sri Mas dekat Lubok Jong hari ini.

Mohd Irwani yang pada hari biasa bekerja sebagai tukang besi dan berpengalaman mengendalikan bot selama 15 tahun akan memulakan kerja ‘bermusim’ itu seawal pukul 6.30 pagi hingga pukul 11.30 malam dengan mengemudi bot fiber berkapasiti empat penumpang miliknya.

Media Baharu