fb fb fb fb fb

Perkasa bidang STEM, usaha tarik minat golongan muda perlu dipergiat - Wan Azizah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 April- Pelaksanaan program yang berlandaskan kepada pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dapat mengalakkan trend peningkatan pelajar sekolah menceburi bidang tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia amat penting untuk pelajar mendapat pendedahan dengan pelbagai program STEM di usia muda.

"Kita memberikan mereka pendedahan sebab kita mahukan lebih ramai anak muda mengambil jurusan STEM ini."

"Kita sudah sediakan peta laluan (route map) STEM ini, pelajar hanya ikut hala tuju itu dan akhirnya bergelar jurutera dan mengaplikasikan kemahiran mereka demi membangun Malaysia ini," kata Wan Azizah kepada pemberita selepas merasmikan program Engineering Day 2024 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Tambahnya, tawaran kursus baharu seperti jurusan robotik, kecerdasan buatan (AI) serta pendekatan lintas bidang merupakan antara inisiatif UNITEN dalam menarik minat pelajar terhadap bidang STEM.

Terdahulu, sebanyak 16 buah sekolah merangkumi 160 pelajar tingkatan lima parlimen Bandar Tun Razak menyertai program Engineering Day 2024.

Jelas Datuk Seri Dr Wan Azizah, program itu dapat mengalakkan penglibatan pelajar sekolah dalam pendidikan STEM sekali gus menyumbang terhadap perkembangan ilmu dalam bidang berpotensi itu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM