fb fb fb fb fb

Penyasaran subsidi diesel, GPBSM sambut baik langkah kerajaan

Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusoff

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksana penyasaran subsidi diesel di Semenanjung merupakan satu tindakan terbaik pihak kerajaan.

Menurut Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusoff, pihaknya menyambut baik langkah berani kerajaan itu.

Rofik berkata kerajaan pastinya berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan impak tekanan hidup rakyat.

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas pengumuman Perdana Menteri berhubung penyelarasan semula subsidi minyak diesel untuk kenderaan pengangkutan awam."

"Saya selaku Presiden GPBSM merasa bangga dan ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri mewakili rakan-rakan pengusaha bas sekolah seluruh negara," kata Mohd Rofik kepada pemberita.

Tambahnya, beliau turut berharap penyasaran subsidi bahan api turut dilaksana buat pengusaha pengangkutan awam lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan bahawa jemaah menteri bersetuju melaksana penyasaran subsidi ke atas diesel bagi pengguna di Semenanjung melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM