fb fb fb fb fb

Penubuhan hub halal perubatan Malaysia-China manfaatkan kedua-dua negara

FOTO BERNAMA

SHANGHAI, 11 September- Gagasan penubuhan hub halal perubatan Malaysia-China akan memanfaatkan pelbagai lapisan masyarakat di kedua-dua negara.

Untuk itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak menyambut baik perkara tersebut.

Katanya, halal bukanlah sesuatu yang hanya bersifat keagamaan, sebaliknya membawa manfaat menyeluruh buat semua.

Beliau berkata demikian pada sesi pemeteraian dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ChemPartner Pharmatech Co., Ltd dan sebuah syarikat tempatan yang dikenali sebagai Pharma Medical Sdn. Bhd, hari ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada ketiga-tiga organisasi terlibat dalam merealisasikan pewujudan sebuah hub farmaseutikal yang mengeluarkan ubat-ubatan yang mendapat pensijian halal pertama di Malaysia, suatu realiti. 

Mengulas MoA tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memaklumkan, syarikat tersebut dimiliki seorang ahli perniagaan dari Malaysia dan telah beroperasi sejak 2022.

"Yang paling membanggakan, beliau mengambil 180 orang pekerja yang mengambil Phd dan lebih 200 orang mempunyai kelulusan sarjana. Ini satu kejayaan yang baik.

"Syarikat ini merancang supaya dapatan dan R&D pada ubat yang terlalu moden. Mereka berhajat ubat itu dapat memenuhi piawaian halal.

"Saya mencadangkan sebagai anak Malaysia, mendirikan kilang di Malaysia bukan hanya untuk pasaran negara Islam tetapi pasaran di seluruh dunia,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE