fb fb fb fb fb

Penjawat awam terima bonus Aidilfitri RM500 minggu hadapan

Anwar Ibrahim/RTM

KAJANG, 21 Mac - Bantuan Kewangan Khas (BKK) Aidilfitri RM500 diumumkan kepada penjawat awam bagi Gred 15 dan ke bawah manakala RM250 kepada pesara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu akan disalurkan pada minggu hadapan.

"Insya-Allah minggu hadapan, kita akan salurkan kepada Gred 15 dan ke bawah RM500 bagi setiap penjawat awam dan pesara RM250 termasuk veteran, dan mulai Isnin Sumbangan Tunai Ramah (STR) juga dikeluarkan supaya meringankan beban rakyat," kata Perdana Menteri.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Tambahnya, hampir RM1 bilion diperuntukkan kerajaan bagi BKK Aidilfitri tahun ini yang memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, BKK Aidilfitri turut akan dibayar kepada kakitangan lantikan kontrak (contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP.

"Bantuan Khas sebanyak RM250 juga dibayar kepada pesara kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen)," menurut kenyataan itu.

Pemberian bantuan khas itu diharap dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

"Selain penjawat awam, Kerajaan MADANI juga akan mengawalkan Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 untuk 9 juta penerima mulai 24 Mac 2025 (Isnin) dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion," kata kenyataan itu lagi.

TETITIA YUSOFF