fb fb fb fb fb

Penjawat awam Sabah sambut baik kenaikan gaji lebih 13%

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 1 Mei- Rakyat Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji melebihi 13 peratus kepada penjawat awam, mulai 1 Disember ini.

Berdasarkan tinjauan kru RTM di sekitar Kota Kinabalu, kebanyakan kakitangan awam berpuas hati dengan kadar tersebut.

"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sempena dengan Hari pekerja ini kita mendapat berita yang mana kita mendapat lebih 13 peratus ke atas. Kenaikan gaji untuk penjawat awam, jadi kita ucapkan terima kasih banyak, sebagai penjawat awam saya berasa bersyukur dengan kenaikan ini," kata penjawat awam, Eclaire Jaime.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah menaikkan kadar gaji penjawat awam dan menerusi kenaikan itu diharap mutu perkhidmatan penjawat awam dapat ditingkatkan," kata penjawat awam, Achmad Rozaidi.

Sementara itu, mereka turut berharap agar kerajaan memberi kawalan terhadap harga barangan agar ia seiring dengan kenaikan gaji tersebut dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Namun begitu kita sebagai penjawat awam mengharapkan terdapat kawalan daripada pihak kerajaan berkaitan harga barang, harga minyak dan keperluan-keperluan asas yang lain supaya kenaikan gaji ini nanti akan lebih dirasai kesannya oleh kakitangan awam yang berkhidmat," kata penjawat awam, Hamidah Len.

"Saya berharap kerajaan juga boleh mengawal kenaikan harga barang, mungkin peniaga-peniaga akan menaikkan harga barang-barang atau perkhidmatan mereka jadi kerajaan dapat memantau tentang kenaikan yang seiring dengan kenaikan gaji ini," kata penjawat awam, Elfhi Mohd.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM