fb fb fb fb fb

Pengumuman pelarasan gaji: Bakal lonjak kualiti perkhidmatan awam

Perdana Menteri bergambar bersama warga kakitangan awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di PICC/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa beberapa khabar gembira dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA) nyata bakal melonjakkan perkhidmatan penjawat awam khususnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berharap dengan pengumuman itu akan menjadi penyuntik buat penjawat awam supaya lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas dan amanat diberi.

"Mesej itu sangat jelas dan saya pasti kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyambut dengan baik dengan semanangat untuk memperbaiki perkhidmatan penjagaan kesihatan di semua peringkat di semua skim perkhidmatan bukan saja kepada doktor tetapi ini kepada semua.

Sementara itu, bagi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kenaikan gaji yang diumumkan bukan hanya memberi kesan kepada sektor perkhidmatan awam, malahan kerajaan juga sedang meneliti kadar gaji minimum yang pastinya turut meliputi sektor perkhidmatan swasta.

"Di sektor swasta, ramai juga bertanya apakah habuan yang mereka akan terima dan kerajaan telah umumkan pada bulan Jun lalu pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dengan insentif RM50 juta daripada pihak kerajaan. Maka, syarikat-syarikat swasta dianggarkan sehingga 1,000  syarikat yang akan terlibat merangkumi 1 juta pekerja akan mula menyaksikan peningkatan gaji mereka.

"Kita dapat lihat bagaimana kontkes integriti diberikan penekanan sekiranya ketua jabatan melindungi mana-mana pegawai ataupun anggota dalam jabatan yang melakukan kesalahan yang tidak berintergriti.

"Maka kesannya juga kepada ketua jabatan itu dan bila disebutkan perkara itu tadi kita boleh dengan di kalangan pelaksana memang mereka bertepuk hebat menerima baik apa yg disebut Perdana Menteri", katanya kepada media selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 yang berlangsung Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pula sebanyak tujuh peratus.

ROSLINA BINTI DIN