fb fb fb fb fb

Pengganti Mutang Tagal akan dibincang esok - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Pameran Era Pasca Normal MADANI di Kuala Lumpur/Foto PMO

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Calon Yang Dipertua (YDP) Dewan Negara baharu akan diketahui selepas kunjungan Perdana Menteri ke Sarawak esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berbincang bersama pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) terlebih dahulu sebelum menentukan pengganti mendiang Datuk Mutang Tagal.

"Kita akan bincang dengan pimpinan parti peringkat awal untuk pimpinan Sarawak.

"Dua (Yang Dipertua Dewan Negara) terhenti (tugas) sebelum tamat tempoh (perkhidmatan).

“Saya akan bincang. Esok saya akan ke Sarawak. Insya Allah,” katanya selepas merasmikan Pameran Era Pasca Normal Madani di sini, hari ini.

Kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian penyandangnya, Datuk Mutang Tagal, baru-baru ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Sebelum Mutang, jawatan itu disandang oleh wakil Sarawak iaitu Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi melepaskan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara selepas dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak.

GRACE AISYAH KEDAYAN