fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sabah cecah 1, 462 orang

Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah terus meningkat

KOTA KINABALU, 3 Mei - Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah terus meningkat kepada 1,462 orang daripada 446 keluarga setakat pukul 8 malam tadi, berbanding 1,243 orang daripada 375 keluarga petang semalam.

Menurut infografik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, kesemua penduduk terjejas banjir kini ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah terjejas.

Di Sook, seramai 666 penduduk terjejas banjir daripada 202 keluarga berlindung di PPS Dewan Datuk Ellron Angin.

Sementara itu, 257 penduduk berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sook, dan 207 orang di PPS Dewan SK Pekan Keningau Dua.

Selain itu, 117 penduduk berlindung di PPS Dewan Kampung Ansip Tengah, manakala 84 orang lagi di PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

Di Beaufort, seramai 131 penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS Selagon, sementara di Sipitang, proses pemindahan penduduk sedang dijalankan ke PPS SK Padang Berampah.

GRACE AISYAH KEDAYAN