Penduduk terjejas banjir di Melaka meningkat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Seramai 967 orang daripada 308 keluarga terjejas banjir di Melaka, setakat pukul 9.00 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Angka mangsa banjir meningkat berbanding 779 orang pada 9.30 malam tadi.
  • Penduduk terjejas terdiri daripada 630 dewasa, 318 kanak-kanak dan 19 bayi.
  • Kesemua penduduk ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara di Melaka Tengah dan Alor Gajah.
  • PPS SK Tanjung Minyak 2, SK Taman Bukit Rambai, Dewan JAPERUN Pantai Kundor, SK Bertam Hulu, Perkim Masjid Tanah, Balai Raya Seri Jeram.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), angka berkenaan meningkat berbanding 779 orang daripada 255 keluarga pada 9.30 malam tadi.

Penduduk terjejas terdiri daripada 630 dewasa, 318 kanak-kanak dan 19 bayi.

“Kesemua penduduk yang terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS); melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.

“Di Melaka Tengah, PPS terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, membabitkan 694 penduduk terjejas banjir, SK Taman Bukit Rambai (186 orang), Dewan JAPERUN Pantai Kundor (43 orang) dan SK Bertam Hulu (24 orang).

“Manakala di Alor Gajah, membabitkan PPS Bangunan Perkim Masjid Tanah (15 orang) dan Balai Raya Kampung Seri Jeram (lima orang),” menurut kenyataan tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.