Pelaku akan berdepan tindakan tegas jika bersalah – JPN Selangor

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Tiada kompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid.

RINGKASAN BERITA AI
  • JPN Selangor ambil perhatian serius terhadap penularan video berkaitan salah laku murid di sekolah Rawang.
  • Insiden kini dalam perhatian polis dan JPN akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berjalan.
  • Tiada sesiapa akan dilindungi, jika didapati bersalah tindakan tegas akan diambil mengikut peraturan sedia ada.
  • Orang ramai dinasihatkan menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Tegas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menerusi satu kenyataan, pihaknya mengambil perhatian serius mengenai penularan video berkaitan insiden yang melibatkan salah laku murid di sebuah sekolah di Rawang baru-baru ini.

Ketika ini, insiden berkenaan dalam perhatian pihak polis dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan.

“Tiada sesiapa akan dilindungi. Jika didapati bersalah akan diambil tindakan tegas selaras dengan peraturan sedia ada.

Orang ramai dinasihatkan agar menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.