fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kedah berkurangan

Foto RTM

POKOK SENA, 18 September - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah menurun kepada 2,230 orang daripada 512 keluarga sehingga pada pukul 12.00 tengah hari tadi.

Bilangan itu berikutan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah ditutup dengan 463 mereka dibenarkan pulang.

Menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS di 13 lokasi di enam daerah membabitkan Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu, Kuala Muda dan Kulim.

"Daerah Pokok Sena mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1106 orang, diikuti Pendang (252 ), Kubang Pasu (301), Kulim (108), Kota Setar (407) dan Kuala Muda (54)," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, lapan sungai di Kedah yang berada pada paras bahaya adalah Sungai Laka, Sungai Bata, Sungai Padang Terap, Sungai Perik, Sungai Anak Bukit, Sungai Titi Kerbau dan Sungai Gurun.

BERITA BERKAITAN: 

Trainee