fb fb fb fb fb

Pelaksanaan Kolej Tingkatan Enam Premium diperkenal tahun depan - Fadhlina

Foto FB Menteri

BATU CAVES, 23 Julai- Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang giat memperhalusi pelaksanaan Kolej Tingkatan Enam Premium yang akan diperkenal pada tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia bagi memberi tumpuan sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan Tingkatan Enam.

"Tingkatan 6 Premium akan kita laksana pada tahun depan. Kita sudah pun dapat kerjasama yang baik dan akan diperhalusi apabila semua peringkat penyelarasan telah selesai."

"Kita telah maklumkan bahawa usaha kita untuk memberikan, menjaga kebajikan mereka. Usaha ini akan kita teruskan, termasuk mengangkat idea ini dalam belanjawan pada tahun ini," kata Fadhlina kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM dan MUET 2023 di Batu Caves, Selangor.

Tambahnya, pengumuman lanjut berkaitan inisiatif tersebut akan dimaklumkan selepas selesai proses penyelarasan termasuk pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM