fb fb fb fb fb

Pelaksanaan infra mendesak, guna kaedah tender terbatas

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran kepada pejabat daerah untuk melaksana tender rundingan terbatas bagi pelaksanaan projek infra berkeperluan mendesak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi mengelakkan kelewatan pelaksanaan sesetengah projek berikutan tiada rundingan terus dibuat.

Bagi kawasan di Sabah dan Sarawak, projek bernilai RM50 juta diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Teknik negeri.

Langkah itu sekali gus menggalakkan penglibatan khidmat juruteknik daerah untuk membaik pulih kerosakan infrastruktur di kawasan masing-masing.

"Untuk selesaikan masalah yang dibangkitkan, kita sudah memulakan rundingan secara terbatas, beri ruang kepada pegawai daerah peringkat tertentu dan kementerian.Contohnya, sekolah daif dan klinik daif.

Kalau produk itu di antara RM500,000 hingga RM1 juta, kita beri kelonggaran pejabat daerah untuk buat tender terbatas. Saya menolak keras tender secara rundingan terus sebab tiada pemantauan," kata Anwar di Parlimen, hari ini.


(FOTO BERNAMA)

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berhubung kebimbangan mengenai kelewatan perlaksanaan projek infra tanpa rundingan terus.

 

Media Baharu