KUALA TERENGGANU, 20 Julai -Seorang pelajar maut apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 2.25 pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Syazwan Haniff Abdul Halim, 18 tahun yang juga seorang pelajar dari Batu Buruk maut di tempat kejadian.
Mangsa difahamkan dari arah Batu Buruk menghala ke rumahnya di Jalan Budiman, Kuala Terengganu.
Siasatan awal mendapati, motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.