Pekerja kilang maut kemalangan di Jalan Datuk Musa

Rodrick Samilie, 25 yang menaiki motosikal maut kemalangan di kilometer 5 Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan

SAMARAHAN, 19 Jun – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggang terbabas kendiri di kilometer 5 Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan pada petang Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu motosikal gagal mengawal kenderaan semasa memecut dan terbabas di bahu kanan jalan yang sedang dalam pembinaan.
  • Mangsa dikejarkan ke Pusat Jantung Sarawak dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.
  • Disahkan meninggal dunia akibat kecederaan kepala teruk; punca termasuk kecederaan otak traumatik, pneumotoraks dua belah dan patah rusuk.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Barry William, menerusi kenyataan memaklumkan, kejadian sekitar pukul 4.00 petang itu, mangsa Rodrick Samilie, 25 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuching menuju ke Kota Samarahan.

“Siasatan mendapati mangsa telah gagal mengawal motosikalnya semasa memecut dan terbabas di bahu sebalah kanan jalan yang masih dalam pembinaan.

“Mangsa telah dikejarkan ke Pusat Jantung Sarawak bagi menerima rawatan dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” menurut kenyataan itu.

Mangsa disahkan mati pada pukul 5.10 petang akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dihubungi RTM di Kuching pada Jumaat, DSP Barry turut memaklumkan punca kematian disebabkan kecederaan otak traumatik yang teruk selain mangsa mengalami pneumotoraks pada kedua-dua belah paru-paru dan patah buberapa tulang rusuk.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.