Lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Sri Aman

Jeffry Emparang anak Johnson meninggal dunia dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Hollis, Sri Aman/ BBP Sri Aman

SRI AMAN, 19 Jun – Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas kereta sedan yang dipandunya terbabas ke dalam parit dalam satu kemalangan jalan raya di lampu isyarat Jalan Hollis, di sini pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.07 malam dan sebuah FRT serta perkhidmatan EMRS dikerahkan
  • Sembilan anggota digerakkan dan lokasi kejadian dilaporkan kira-kira dua kilometer dari balai
  • Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan sebaik pasukan penyelamat tiba
  • Mangsa dikeluarkan, diberi bantuan pernafasan kecemasan dan CPR; mayat diserahkan kepada polis untuk siasatan

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.07 malam dan menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bersama sembilan anggota ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

“Mangsa, Jeffry Emparang anak Johnson, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan sebaik pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman tiba di lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terjunam ke dalam parit tersebut dan mangsa diberikan bantuan pernafasan kecemasan, CPR oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan siasatan berhubung punca kejadian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.