PRN Johor : KTMB sedia ETS tambahan ke selatan

Foto Facebook KTMB

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan ke selatan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jualan tiket bermula 19 Jun, pukul 12 tengah hari melalui KTMB Mobile, KITS Style, online.ktmb.com.my atau mesin kios tiket.
  • Tarikh perjalanan ditetapkan antara 10 hingga 12 Julai.
  • Empat perjalanan disediakan: dua ke JB Sentral dan dua ke KL Sentral berdasarkan tarikh.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRN Johor pada 11 Julai.

KTMB menerusi hantaran Facebook memaklumkan jualan tiket bermula pada Jumaat (19 Jun) pukul 12 tengah hari melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman sesawang online.ktmb.com.my atau mesin kios tiket KTMB.

“Jom Balik Mengundi! ETS tambahan ke selatan sempena PRN untuk tarikh perjalanan dari 10 hingga 12 Julai,” menurut hantaran itu.

Sebanyak empat perjalanan disediakan, melibatkan dua perjalanan menuju ke JB Sentral dan dua lagi ke KL Sentral berdasarkan tarikh yang dimaklumkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian PRN Johor pada 11 Julai depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.