Pekebun kecil dibantu buat persediaan hadapi kesan El Nino – Noraini

Menteri Perladangan dan Komoditi, (KPK) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berucap pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI bawah KPK di Batu Pahat, Johor – Foto Bernama

BATU PAHAT, 30 Ogos – Nasib pekebun-pekebun kecil tetap menjadi keutamaan kerajaan melalui pelaksanaan pelbagai langkah mitigasi dan sokongan bersasar bagi mengurangkan impak fenomena El Nino yang dijangka berpanjangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agensi Kementerian memantau berterusan untuk memastikan kebajikan, kelangsungan hasil tanaman dan pendapatan pekebun kecil terpelihara.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan panduan bagi pekebun kecil menghadapi cuaca panas dan cabaran pertanian.
  • MPOB bekerjasama rapat dengan pekebun kecil memberi nasihat khusus tentang kemungkinan fenomena El Nino.
  • Pekebun kecil sentiasa diberi maklumat cuaca dan berhubung rapat dengan kementerian melalui agensi berkaitan.

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, agensia-gensi bawah kementerian itu melakukan pemantauan berterusan untuk memastikan kebajikan, kelangsungan hasil tanaman, dan pendapatan pekebun kecil terus terpelihara.

Menurutnya, langkah diambil termasuk menyediakan khidmat nasihat kepada mereka.

“Agensi di bawah kementerian seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terus bekerjasama dengan pekebun kecil dengan memberi nasihat serta panduan bagi menghadapi keadaan cuaca panas ketika ini, termasuk kemungkinan berlakunya fenomena El Nino.

“Pekebun kecil juga sentiasa diberikan maklumat berkaitan keadaan cuaca dan berhubung rapat dengan kementerian menerusi agensi-agensi berkaitan, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri karnival dan menyempurnakan Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI bawah KPK di Dewan Serbaguna Kampung Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.