
KANGAR, 30 Ogos – Sukan MARA Se-Malaysia (SUKMAS) ke-11 menjadi platform untuk menyatukan warga MARA, memperkukuh ukhuwah dan menyemai semangat kesukanan.
- Sukan membentuk disiplin, ketahanan dan semangat berpasukan yang perlu diamalkan semasa melaksanakan amanah kepada rakyat.
- Nilai sukan perlu diterapkan di tempat kerja supaya MARA kekal sihat, dinamik dan bersatu padu.
- Penganjuran kejohanan peluang mencungkil bakat dan memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan peserta MARA.
Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Zulfikri Osman, sukan membentuk disiplin, ketahanan, semangat berpasukan dalam kalangan warga MARA yang juga perlu dipraktikkan ketika melaksanakan amanah kepada rakyat.
Menurutnya, nilai-nilai inilah yang perlu diterapkan di tempat kerja, agar MARA terus menjadi organisasi yang sihat, dinamik dan bersatu padu.
“Bagi MARA, penganjuran kejohanan itu merupakan peluang terbaik untuk memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan warga MARA, khususnya peserta yang terlibat dalam 15 acara yang dipertandingkan.
Kejohanan yang berlangsung dari 30 Ogos hingga 3 September itu melibatkan kira-kira 3,000 atlet dan pegawai daripada 14 pasukan MARA di seluruh negara, ” katanya dalam ucapan pembukaan sempena SUKMAS ke-11 di Dewan 2020 yang dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Datuk Seri Zulfikri berharap kejohanan itu dapat mencungkil bakat sukan dalam kalangan warga MARA yang mampu membawa nama agensi itu ke persada lebih tinggi.