
SERDANG, 30 Ogos – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang giat melaksanakan pembenihan awan di kawasan yang dilanda jerebu, terutama lokasi yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- Pembenihan awan difokuskan pada kawasan IPU tahap 200 kerana kemerosotan paras air empangan dan tasik.
- Langkah ini wajib dilakukan di kawasan IPU 200 untuk menangani masalah bekalan air.
- Pembenihan awan dibuat mengikut keperluan dan kesesuaian; arah awan menentukan keberkesanan operasi.
- Pengumuman dibuat sewaktu beliau merasmikan Laman Usahawan Desa dan Pameran MAHA 2026 di MAEPS, Serdang.
Beliau berkata pembenihan awan turut memfokuskan kawasan yang merekodkan bacaan IPU pada tahap 200, susulan kemerosotan paras air di beberapa empangan dan tasik.
“Di kawasan-kawasan yang berada di tahap 200 mata. Ini wajib dilakukan kerana kita tahu bahawa banyak empangan-empangan yang telah memperlihatkan kemerosotan tahap air di tasik-tasik berkenaan.
“Dan pembenihan awan ini dibuat bukan sahaja mengikut keperluan tetapi juga mengikut kesesuaian kerana biarpun ada awan tetapi arah mana awan itu pergi
untuk menuju di sesuatu kawasan yang disasarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Laman Usahawan Desa serta Pameran Pertanian dan Hortikultur MAHA 2026 di MAEPS, Serdang, hari ini.