SUBANG, 30 Mac - Seramai 50 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bertolak ke Mynmar pagi tadi bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan paling terkesan akibat gempa bumi di Myanmar.
Pasukan berlepas menggunakan dua pesawat A400 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pesawat pertama berlepas pada pukul 9.30 pagi sementara pesawat kedua bergerak setengah jam selepas itu.
Operasi disertai seorang Komanden Kontijen, serta 49 anggota termasuk 16 dari ATM, 13 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta 21 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Fokus misi kali ini adalah tertumpu pada operasi memcari dan menyelamat.
Antara peralatan yang dibawa ialah set Base of Operations (BoO), peralatan mencari dan menyelamat, komunikasi, teknikal, perubatan dan dua buah trak Man.
Tempat operasi dan tempoh masa operasi SMART di Myanmar akan ditentukan oleh kerajaan Myanmar.
Dalam pada itu, dua kali mesyuarat penyelarasan telah dilakukan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk misi bantuan ini bersama agensi terlibat.
Tragedi ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya lebih 1,600 orang , sementara 3,408 cedera setakat kemaskini awal pagi tadi.