PUTRAJAYA, 2 Oktober- Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 berada dalam keadaan selamat susulan situasi tegang di Selatan Lubnan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin dalam satu kenyataan memaklumkan tiada sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan aset berlaku.
Semua anggota keselamatan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) telah diarahkan untuk tidak menghentikan operasi rondaan atau pergerakan logistik dan kekal di penempatan masing-masing.
"Setelah mengambil kira keselamatan petugas, Markas UNIFIl telah mengaktifkan perlindungan dalam kubu mengikut prosedur yang telah ditetapkan sehingga keadaan terkawal", katanya.
Sebarang perancangan penarikan balik pegawai dan anggota MALBATT 850-11 adalah tertakluk kepada kelulusan UNIFIL berdasarkan tahap keselamatan dan ancaman kawasan operasi.
Datuk Seri Khaled berkata, pihaknya akan sentiasa memantau situasi semasa dan mengemas kini sebarang perkembangan yang melibatkan MALBATT 850-11.