
KUALA LUMPUR, 12 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Pertemuan itu menurut perkongsian Facebook rasmi Sultan Ibrahim berlangsung hampir sejam.
- Perjumpaan turut dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
- BN meraih kemenangan PRN Johor, memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
BN meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan semalam dengan berjaya memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor yang dipertandingkan.