
WASHINGTON, 13 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan semua bendera negara itu dikibarkan separuh tiang sehingga Sabtu depan.
- Lindsey Graham meninggal dunia pada usia 71 tahun selepas mengalami penyakit secara mengejut.
- Trump memuji Graham sebagai sahabat rapat serta pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dan South Carolina.
- Pemergian Graham dianggap kehilangan besar kepada Parti Republikan selepas lebih dua dekad mewakili South Carolina di Senat.
Langkah itu sebagai penghormatan kepada Senator Republikan, Lindsey Graham, yang meninggal dunia pada usia 71 tahun.
Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan Graham sebagai sahabat rapat serta pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dan negeri asalnya, South Carolina.
Beliau berkata arahan itu sebagai tanda penghormatan terhadap kehidupan dan sumbangan mendiang sepanjang berkhidmat dalam politik Amerika Syarikat.
Pejabat Graham memaklumkan senator berkenaan meninggal dunia selepas mengalami penyakit secara mengejut.
Media tempatan melaporkan pasukan kecemasan dikejarkan ke kediamannya di Capitol Hill, Washington pada malam Sabtu selepas menerima panggilan berkaitan serangan jantung.
Sepanjang kerjaya politiknya, Graham dikenali sebagai tokoh Republikan yang pada awalnya lantang mengkritik Trump, namun kemudiannya menjadi antara sekutu paling setia Presiden AS itu.
Pemergiannya disifatkan sebagai kehilangan besar kepada Parti Republikan selepas lebih dua dekad mewakili South Carolina di Senat Amerika Syarikat. – REUTERS