KUALA LUMPUR, 24 November- Negeri terlibat banjir diarah melantik pemborong, peruncit terpilih untuk memastikan bekalan barang keperluan asas mencukupi.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, premis yang dilantik itu dibenarkan menambah had simpanan bekalan barang kawalan melebihi 30 peratus kuantiti daripada had simpanan sedia ada seperti dalam lesen asal sepanjang tempoh bencana itu.
"Di pihak kementerian, kita sudah mengeluarkan arahan kepada negeri-negeri yang selalu terlibat dengan banjir untuk memberi 'lesen khas', lesen mini untuk menambah simpanan stok mereka. Jadi negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan negeri- negeri lain juga kerana sudah pun memulakan, di mana mereka melantik lebih 100 pemborong.
Beliau berkata ia bagi memastikan bekalan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak , tepung dan sebagainya tidak terputus terutamanya ketika musim banjir.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan penutup GO-ESG 2023 Sustainable Finance Symposium di ibu negara.