fb fb fb fb fb

Operasi bas dari Singapura bermula pukul 4:30 pagi

Peningkatan antara 1,000 hingga 3,000 orang setiap bulan / Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 21 Julai - Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura, LTA akan memperhalusi cadangan Kerajaan Johor untuk memulakan operasi bas dari Singapura seawal pukul 4:30 pagi di Bangunan Sultan Iskandar, BSI, Johor Bahru.

Cadangan berkenaan susulan kesesakan awal pagi yang semakin ketara.

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, pengembara dari Singapura didapati mula beratur seawal pukul empat pagi, meskipun operasi bas hanya bermula sekitar pukul 5:00 hingga 5:30 pagi.

Kerajaan negeri turut mencadangkan peningkatan kekerapan perjalanan bas dari Singapura, bagi menampung pertambahan jumlah penumpang yang semakin meningkat.

Secara purata, jumlah pengembara yang menggunakan perkhidmatan bas di BSI menunjukkan peningkatan antara 1,000 hingga 3,000 orang setiap bulan.

HASRON BIN HASSAN