Nelayan maut dalam kemalangan babitkan motosikal, lori

Foto Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daro

DARO, 4 Julai – Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Kampung Semop, Pulau Bruit, di sini, kira-kira pukul 7.40 malam pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penunggang motosikal dipercayai datang dari arah Feri Batang Paloh.
  • Lori dipercayai datang dari arah Kampung Penipah menuju ke Sarikei.
  • Mangsa hendak memasuki simpang, bertembung dengan lori, tercampak ke bahu jalan dan tidak sedarkan diri.
  • Pegawai perubatan mengesahkan mangsa lelaki, 43 tahun, seorang nelayan, meninggal di tempat kejadian; mayat dihantar ke hospital dan kes disiasat.

Ketua Polis Daerah Daro, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Rahim Mihos dalam kenyataan memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Semop selepas datang dari arah Feri Batang Paloh.

“Lori berkenaan dipercayai datang dari arah Kampung Penipah menuju ke Sarikei.

“Ketika kejadian mangsa hendak memasuki simpang, dan telah bertembung dengan lori berkenaan sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan sebelah kiri dan tidak sedarkan diri,” menurut kenyataan itu.

Pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa yang berusia 43 tahun dan bekerja sebagai nelayan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang jalan raya yang berkaitan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.