Lebih RM429 juta perkukuh agensi penguat kuasa di Johor

Foto FB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

PUTRAJAYA, 4 Julai – Lebih RM429 juta diperuntukkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sepanjang tahun 2023 hingga 2026 bagi memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan operasi tiga agensi penguat kuasa di Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan disalur kepada PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara bagi memperkukuh kebajikan anggota serta keupayaan operasi.
  • Pelaburan untuk memastikan anggota melaksanakan tugas lebih cekap, selamat dan berkesan demi keselamatan rakyat Johor.
  • Langkah ini selaras komitmen Kerajaan MADANI memberikan sokongan pembangunan berdasarkan keperluan negeri, Johor menerima peruntukan lebih besar.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peruntukan itu disalur kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Beliau menyifatkan usaha menjaga kebajikan anggota bukan sekadar menyediakan kemudahan lebih baik, malah pelaburan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan amanah dengan lebih cekap, selamat dan berkesan demi menjamin keselamatan rakyat Johor.

“Apabila anggota penguat kuasa mempunyai tempat bertugas lebih kondusif, kuarters lebih selesa dan kemudahan operasi lebih moden, rakyat turut menikmati manfaat menerusi penyampaian perkhidmatan lebih baik serta persekitaran lebih aman dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Jelasnya lagi, peruntukan berkenaan selaras komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

“Johor telah menerima kira-kira RM14.6 bilion bagi peruntukan pembangunan dan pengurusan berbanding RM10.2 bilion,” jelasnya.

KDN akan memastikan setiap peruntukan yang diamanahkan dimanfaatkan sebaiknya supaya kebajikan anggota sentiasa terpelihara, sekali gus memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.