fb fb fb fb fb

NCSM sasar 6,000 wanita tidak berkemampuan saring mamogram percuma

Pengarah Urusan NCSM Profesor Madya Dr M.Murallitharan

IPOH, 5 Jun - Seramai 6,000 golongan wanita yang tidak berkemampuan disasarkan untuk menyertai saringan mamogram percuma anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), tahun ini.

Pengarah Urusan NCSM Profesor Madya Dr M.Murallitharan berkata, sejak dilaksanajan pada tahun 2017 program tersebut telah menyaring seramai 27,500 wanita di 10 negeri.

Program dengan kerjasama Etiqa itu turut akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak.
 
"Dalam fasa kelima kita sudah sampai hampir 60 kampung orang asli di seluruh Malaysia tahun ini. Kita akan ke kawasan-kawasan pedalaman dengan menaiki bot," kata Dr M.Murallitharan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Fasa Keenam program tersebut yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, di sini.
 
Mengulas lanjut Dr Murallitharan berkata, masih ramai wanita yang belum menjalani ujian mamogram disebabkan perasaan takut dan terpengaruh dengan maklumat salah mengenai ujian itu.
 
Secara keseluruhan kanser payu dara menyumbang kepada 19 peratus daripada semua kes kanser di Malaysia.

TETITIA YUSOFF