fb fb fb fb fb

Mutang gesa Ahli Dewan Negara lebih proaktif

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tanggal / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Mac -Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tanggal menggesa agar Ahli Dewan Negara memainkan peranan lebih aktif bagi memastikan Dewan Negara diperkasakan.

Menurut Mutang, perkara tersebut penting bagi merealisasikan kedudukan Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan tertinggi.

Ini sekali gus memenuhi Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah diperuntukkan

"Antara lain peranan yang boleh diterajui oleh Yang Berhormat Senator sekalian adalah menggiatkan penglibatan dalam Diplomasi Parlimen atau 'Parliamentary Diplomacy'.

"Saya mengharapkan agar Yang Berhormat Senator semua lebih proaktif menggunakan rangkaian profesional melalui Parlimen Malaysia sebagai laluan diplomatik dalam mengembangkan hubungan inter Parliament mahupun hubungan antarabangsa secara menyeluruh", katanya demikian dalam sesi ucapan aluan pada mesyuarat pertama, Penggal ketiga di Dewan Negara

Pada sesi kali ini, Dewan Negara akan bersidang secara serentak dengan Dewan Rakyat selama 7 hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Mutang Tagal turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di atas pemergiaannya Februari lalu.  

Beliau turut  mengajak Ahli Dewan bertafakur selama satu minit sebagai tanda hormat bagi mengenang pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

"Dewan ini turut berdukacita atas pemergian bekas Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud yang telah meninggal dunia pada 21 Februari 2024 yang lalu. 

"Beliau merupakan tokoh dan pemimpin yang komited dalam perjuangan, seorang yang berprinsip dan sahabat yang budiman", katanya.

Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia pada 21 Februari lalu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur kerana sakit tua.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD