fb fb fb fb fb

Mualaf ditemukan maut di dalam rumah

Polis meletakkan garis kuning di kediaman mangsa untuk sisatan

KUALA NERUS, 21 Februari - Seorang peniaga ikan ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Permint Perdana, Seberang Takir.

Mayat lelaki dikenali sebagai Abdul Rahim Singh Abdullah, 51 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring.

Kejadian itu disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismai ketika dihubungi pemberita.

"Sebelum ini jiran mangsa mendakwa terhidu bau busuk sebelum melaporkan perkara itu kepada polis," kata Wan Mohd Zaki.

Pemeriksaan mendapati mayat lelaki tersebut hampir reput dan dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu.

Berdasarkan siasatan awal lelaki itu tinggal seorang diri dan tiada unsur jenayah dikesan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu jiran mangsa Nor Shuhada Hashim berkata, dia menyedari bau busuk sejak tiga hari lalu.

"Saya syak bangkai tikus dan saya cari tetapi tidak menjumpainya. Selepas saya ke rumah jiran dan bertanya perkara sama. Kemudian kami ke rumah itu semula dan menemukan mayat," katanya.

Difahamkan lelaki berkenaan yang juga seorang mualaf tidak hadir ke kelas agama kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sejak beberapa hari lalu kerana demam.

TETITIA YUSOFF