fb fb fb fb fb

Mitra diletak bawah JPM

(FOTO BERNAMA)

BUKIT JALIL, 18 September- Kerajaan meluluskan peruntukan RM2 juta bagi pelajar kaum India daripada keluarga miskin tegar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu selepas MIC membangkitkan beberapa cadangan demi kepentingan dan kebajikan masyarakat India.

"Sejumlah RM2 juta untuk pelajar miskin tegar, tidak perlu tunggu bajet, hari ini juga saya luluskan RM2 juta," kata Ismail Sabri ketika berucap melancarkan Briged MIC Kebangsaan dan pameran pencegahan jenayah di Bukit Jalil di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri (dua, kiri) bersama Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran ketika
Pelancaran Briged MIC Kebangsaan di Axiata Arena Bukit Jalil/BERNMA)

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran agar meletakkan Unit Transformasi masyakarat India Malaysia (Mitra) bawah Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Yayasan Mitra bagi menjaga kebajikan masyarakat India.

Sebelum ini Vigneswaran meminta Mitra diletak bawah JPM bagi membolehkan agensi itu melaksanakan agendanya dengan jelas dan berkesan.

Media Baharu