Menteri, KSU Komunikasi ucap tahniah RTM rangkul Anugerah Media Terbaik

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bergambar bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia (RTM) Ashwad Ismail semasa melawat reruai selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini / BERNAMA

BUKIT JALIL, 1 Mei – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Media Terbaik (Agensi) pada Sambutan Hari Pekerja 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Setiausaha Kementerian menyifatkan pengiktirafan itu sebagai kejayaan seluruh warga kerja RTM.
  • Ucapan tahniah diberikan kepada RTM sebagai penyiar yang menerima anugerah.
  • Anugerah mencerminkan komitmen RTM dalam menyampaikan informasi tepat dan berkesan kepada rakyat.
  • Pengiktirafan itu menegaskan peranan RTM sebagai penyiar awam negara.

“Tahniah juga untuk Radio Televisyen Malaysia, dinobatkan sebagai media terbaik bagi tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan berkenaan di Bukit Jalil.

Turut menzahirkan penghargaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah yang menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai kejayaan seluruh warga kerja RTM.

“Saya ucapkan tahniah kepada RTM sebagai penyiar yang menerima anugerah. Ini satu pengiktirafan kepada warga kerja RTM secara keseluruhannya,” katanya.

Anugerah berkenaan mencerminkan komitmen berterusan RTM dalam menyampaikan informasi tepat dan berkesan kepada rakyat selaras peranannya sebagai penyiar awam negara.