Melaka sasar bina 1,000 tiang fiber guna sama hingga hujung tahun ini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh/ Foto FB Ab Rauf Yusoh

ALOR GAJAH, 28 Julai – Kerajaan Negeri Melaka menerusi Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd menyasarkan pembinaan sebanyak 1,000 tiang fiber guna sama di seluruh Melaka hingga hujung tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek melibatkan lebih 5,000 premis kediaman, memberi manfaat kira-kira 20,000 penduduk.
  • Menyediakan infrastruktur telekomunikasi guna sama bagi semua penyedia perkhidmatan internet untuk percepat capaian internet dan kurangkan kos pembangunan.
  • Menjadi projek perintis dan model pembangunan infrastruktur digital di kawasan baharu pada masa hadapan.
  • Melaka pertama di Malaysia memiliki SOP peraturan kaedah guna sama tiang fiber, membolehkan pembekal melanggan fasiliti tanpa bina rangkaian sendiri.

Inisiatif tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 5,000 premis kediaman dan kira-kira 20,000 penduduk.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu bertujuan menyediakan kemudahan infrastruktur telekomunikasi yang boleh dikongsi oleh semua penyedia perkhidmatan internet bagi mempercepat peluasan capaian internet di samping mengurangkan kos pembangunan rangkaian.

Beliau berkata projek berkenaan menjadi projek perintis yang dijangka menjadi model kepada pembangunan infrastruktur digital di kawasan-kawasan baharu pada masa hadapan.

“Jadi tidak adalah operator perlu tegakkan jaringan sendiri. Jadi jaringan ini boleh dikongsikan dengan pembekal yang secara bebas oleh koridor ICT Melaka ini dan mereka boleh subscribe ke atas fasiliti ini untuk membekalkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan mereka di bawah kawasan-kawasan perumahan baharu.

“Kita sedang merubah untuk kawasan-kawasan perumahan lama juga boleh menggunakan kaedah ini. Melaka adalah negeri yang pertama mempunyai SOP Peraturan kaedah guna sama tiang fiber yang pertama di Malaysia”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Perasmian Tiang Fiber Guna Sama Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd di Simpang Ampat, Alor Gajah.

Melalui konsep guna sama, semua penyedia perkhidmatan internet boleh menggunakan tiang yang sama untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tanpa perlu membina infrastruktur masing-masing.

Pendekatan itu bukan sahaja mempercepatkan proses penyediaan perkhidmatan, malah menjadikan pembangunan rangkaian lebih cekap, tersusun dan menjimatkan kos.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.