
CYBERJAYA, 28 Julai – Inisiatif avatar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di platform WhatsApp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan PMX AI, kini sedang menjalani proses penambahbaikan.
RINGKASAN BERITA AI
- Anwar berkata mereka masih mengusahakan, dia baru mencuba.
- Avatar dibuka kepada umum pada 18 Julai tetapi diturunkan tidak lama selepas dilancarkan.
- Pengguna boleh berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi terus melalui avatar.
- Anwar menggambarkan avatar itu sebagai kembar digital beliau.
Datuk Seri Anwar ketika ditemui media secara ringkas memaklumkan pihaknya masih mengusahakan inisiatif tersebut.
“Kami masih mengusahakannya. Saya cuma baru cuba,” katanya di sini.
Avatar tersebut yang mula dibuka kepada umum pada Sabtu lepas (18 Julai), telah diturunkan tidak lama selepas ia dilancarkan.
PMX AI membolehkan orang ramai berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi mereka secara langsung melalui avatar tersebut, yang digambarkan oleh Datuk Seri Anwar sebagai kembar digital beliau.