
MARAN, 28 Julai – Tiga maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 95, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, dekat Maran, kira-kira pukul 6.00 pagi tadi.
- Siasatan awal: sebuah kereta dari arah Temerloh bertembung MPV yang dipercayai memasuki laluan bertentangan.
- Kereta lain dari arah sama kemudian melanggar bahagian kiri MPV.
- Mangsa yang maut ialah Masitah Mohd Soad, 59; Salbiah Mohd Sah, 76; dan Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha'ari, 20.
- Pemandu dan seorang penumpang MPV dirawat di Hospital Temerloh; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta dari arah Temerloh bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai memasuki laluan bertentangan.
Sebuah lagi kereta yang datang dari arah sama kemudian melanggar bahagian kiri MPV berkenaan.
Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang kereta, Masitah Mohd Soad, 59 dan Salbiah Mohd Sah, 76, serta penumpang MPV, Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha’ari, 20.
Sementara pemandu dan seorang penumpang MPV cedera dan dirawat di Hospital Temerloh.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Inspektor Muhaimin Omar di talian 017-9436741 bagi membantu siasatan.