KUALA LUMPUR, 24 Februari- Kementerian Digital melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya melatih seramai 1,663 orang pekerja dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Antara syarikat pembekal latihan yang terlibat adalah seperti Amazon Web Services (AWS), Google dan Microsoft.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, melalui program Premier Digital Tech Institution (PDTI) pula, seramai 277 orang pelajar telah dilatih dengan menggunakan modul daripada AWS.
"Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) juga bekerjasama dengan Microsoft untuk melatih 800,000 bakat dalam kemahiran kecerdasan buatan (AI) untuk upskilling dan reskilling tenaga kerja sedia ada", katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Kementerian Digital juga akan meneroka kerjasama dengan kementerian-kementerian lain untuk mengenal pasti dan melancarkan program digital yang bersesuaian.