fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Tokong

Foto JBPM

GEORGE TOWN, 6 Oktober- Seorang lelaki maut dipercayai lemas di kawasan pesisir Pantai Tanjung Tokong, George Town, petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, mangsa, Sekar Arumugham, 44 tahun ditemukan terdampar di atas batu kira-kira 50 meter dari persisiran pantai.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.43 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," menurut kenyataan itu.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM