fb fb fb fb fb

Marcos Jr mahu lebih banyak kerjasama dalam industri halal

MANILA, 2 Mac- Presiden Filipina Ferdinand Bongbong Marcos Jr mahu lebih banyak kerjasama dilaksanakan bersama Malaysia terutamanya dalam industri halal.

Malah, hubungan dalam aspek kebudayaan dan pelancongan juga perlu dipertingkatkan.

"Kami bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam industri halal, agrikultur dan keselamatan makanan termasuk pendigitalan ekonomi. Kami telah berbincang secara terperinci hubungan antara rakyat dan meneruskan pertukaran budaya dan pelancongan.

"Saya juga faham diaspora Filipina di Malaysia turut memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia dan Filipina. Dengan pertumbuhan ekonomi ASEAN Timur iaitu
Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina, ia akan membantu mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia dan Filipina," katanya di sini.

Tambahnya lagi, peranan yang dimainkan oleh kerajaan Malaysia dalam mewujudkan keamanan di Selatan Filipina dan kerjasama ekonomi yang baik, sangat dihargai oleh beliau.

Pada masa sama, Marcos Jr berharap negara-negara ASEAN juga akan terus merapatkan kerjasama dan memperkukuhkan ekonomi serantau.

(Marcos Jr)

Media Baharu