Marang rekod taburan hujan tertinggi, cecah 91.5 milimeter – JPS

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah / Foto hiasan BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 9 November – Daerah Marang merekodkan taburan hujan tertinggi di Terengganu sebanyak 91.5 milimeter setakat 8 pagi tadi susulan hujan berterusan yang melanda seluruh negeri sejak awal pagi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hujan berterusan meningkat keperluan pemantauan paras air sungai, terutama di kawasan berisiko banjir.
  • JPS Terengganu beritahu paras sungai mungkin meningkat jika hujan berterusan.
  • Pulau Perhentian (79 mm) dan Kampung Jeram (67 mm) merekodkan taburan hujan tinggi.
  • Penduduk kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa peka dan patuhi arahan pihak berkuasa.

Keadaan itu meningkatkan keperluan pemantauan paras air sungai, terutama di kawasan berisiko banjir, meskipun semua stesen pemantauan sungai masih merekodkan paras normal ketika ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah berkata, paras air sungai berkemungkinan meningkat sekiranya hujan berterusan.

“Pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi membolehkan tindakan awal diambil sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.

Selain Marang, antara kawasan yang merekodkan taburan hujan tinggi ialah Pulau Perhentian dengan 79 milimeter, manakala Kampung Jeram mencatatkan 67 milimeter.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.