
PUTRAJAYA, 8 Jun – Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan susulan gempa bumi kuat yang melanda perairan selatan Filipina awal pagi tadi.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim prihatin dan mendoakan keselamatan serta kesejahteraan mangsa gempa.
- Kerajaan mengambil perhatian terhadap kesan gegaran yang dirasai di beberapa kawasan di Sabah.
- Situasi dipantau rapi dan semua agensi kecemasan berada dalam keadaan siap siaga.
- Anwar menegaskan hubungan rapat Malaysia dengan Filipina sebagai rakan ASEAN dan mendoakan kekuatan kepada rakyat Filipina.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan di Facebook berkata, beliau amat prihatin terhadap bencana yang menimpa rakyat negara itu dan mendoakan keselamatan serta kesejahteraan semua mangsa yang terjejas.
Menurut beliau, kerajaan turut mengambil perhatian terhadap kesan gegaran yang dirasai di beberapa kawasan di Sabah susulan kejadian berkenaan.
Katanya, kerajaan sedang memantau perkembangan situasi dengan rapi dan semua agensi kecemasan berada dalam keadaan siap siaga.
Beliau turut menegaskan hubungan rapat antara Malaysia dengan Filipina sebagai rakan serta anggota ASEAN.
Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar rakyat Filipina yang terkesan diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi saat-saat sukar selepas bencana tersebut.