Malaysia perkukuh pertahanan Sabah susulan pembangunan pangkalan tentera Balabac

Datuk Seri Mohamed Khaled ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Literasi Pertahanan Nasional di SICC, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 26 September – Malaysia tidak mempertikai hak Filipina untuk membangunkan pangkalan tenteranya di Pulau Balabac, namun perkembangan itu perlu diberi perhatian sewajarnya berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan Sabah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkembangan pangkalan di Balabac perlu diberi perhatian kerana kedudukannya berhampiran Sabah.
  • Malaysia mesti mengambil langkah bersesuaian untuk memperkukuh ketahanan dan keupayaan pertahanan di Sabah.
  • Kerajaan tidak boleh berdiam; perlu memperkuat kedudukan Sabah bagi mengelak limpahan konflik asing.
  • Perancangan pertahanan Sabah mengambil kira keselamatan serantau termasuk cabaran Laut China Selatan dan persaingan kuasa besar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai negara jiran, Malaysia perlu mengambil langkah bersesuaian termasuk memperkukuh ketahanan dan keupayaan pertahanan negara, khususnya di Sabah.

“Bila ada peningkatan pembangunan pangkalan-pangkalan tentera dan kehadiran tentera-tentera lain, itu memang hak Filipina.

“Tetapi Malaysia tak boleh berdiam. Kita perlu ambil tindakan untuk menguatkan kedudukan kita di Sabah kerana jika berlaku pertembungan yang tidak diingini, dikhuatiri ia boleh melimpah ke kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Literasi Pertahanan Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled, keperluan memperkukuh pertahanan Sabah turut mengambil kira perkembangan keselamatan serantau, termasuk cabaran di Laut China Selatan serta persaingan antara kuasa besar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.