Perpaduan dibina berteraskan sikap saling menghormati -TPM Zahid

Foto RTM

AYER KEROH, 26 September – Perpaduan perlu dibina atas sikap saling menghormati dan kebijaksanaan dalam mengurus perbezaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keharmonian bergantung pada pemahaman sejarah, asas kenegaraan dan penghormatan terhadap hak setiap warganegara.
  • Perlembagaan Persekutuan menjadi asas untuk memastikan kedudukan dan hak warganegara difahami serta dipelihara.
  • Perbezaan pandangan, termasuk politik, mesti diurus secara matang untuk mencapai persetujuan kepentingan agama, bangsa dan negara.
  • Matlamat utama ialah memelihara keharmonian dan kestabilan negara melalui penghormatan hak dan pemahaman bersama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keharmonian masyarakat bergantung pada kesediaan semua pihak memahami sejarah dan asas kenegaraan serta menghormati hak setiap warganegara.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam memastikan kedudukan dan hak setiap warganegara difahami serta dipelihara.

“Berdasarkan asas itu,  perbezaan pandangan termasuk dalam politik perlu diurus secara matang, supaya kepentingan agama, bangsa dan negara dapat terus disepakati, sekali gus memelihara keharmonian dan kestabilan negara,” katanya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapannya pada Musyawarah Nasional – Membongkar Polemik Tanah Melayu di Ayer Keroh, Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.