Tahun Melawat Johor 2026: Johor sasar 12 juta pelawat

Foto JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA

SEGAMAT, 26 September – Johor menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM42 bilion menerusi Tahun Melawat Johor 2026 yang melibatkan kedatangan 12 juta pelawat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Festival Kota Selatan 2026 adalah inisiatif ke-11 daripada 15 dalam Pelancongan Budaya Johor.
  • Program merancakkan ekonomi setempat dan memanfaatkan sektor perhotelan, pengangkutan, kraf tangan serta industri kreatif.
  • Satu platform untuk memperkukuh identiti budaya negeri; 19 NGO kebudayaan menerima peruntukan RM1 juta.

Sebagai nilai tambah kepada sasaran itu, Festival Kota Selatan 2026 di Dataran Segamat menjadi program ke-11 daripada 15 inisiatif Pelancongan Budaya.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mohd Amran Mohd Haris berkata, festival tersebut dapat merancakkan ekonomi setempat sekali gus memanfaatkan sektor perhotelan, pengangkutan, kraf tangan dan industri kreatif.

Festival yang bertemakan “Ni La Johor!” ini juga menjadi platform untuk memperkukuh identiti budaya negeri.

Selain itu, Mohd Amran turut memaklumkan bahawa 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebudayaan negeri menerima peruntukan RM1 juta menerusi Geran Sokongan Sektor Kebudayaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.